Wednesday, July 17, 2013

Majlis Akad Nikah


Dah lebih daripada sebulan dah majlis kahwin aku ni. tapi tahap kemalasan nak up entry dalam blog punyalah tinggi. 

So, kali ni ada masa lebih sikit. Bolehlah up entry pasal majlis nikah aku.

Aku secara sahnya menjadi isteri kepada Zahir selepas 2 kali akad. 2x ok. 1st akad tu tak lulus sebab lafaz nikah dia laju sangat. “aku terima @@%$@^%&^@%%&$@@%^$# ituuuuu…..” heh. Aku pun x paham dia cakap apa. Sudahnya tak sah dan kena akad lagi sekali. Nervous agaknya.

Orang kata, time akad nikah ni pengantin perempuan akan rasa sayuuuu je bila tok kadi dan wali cakap SAH!.tapi aku time tu x ada perasaan lain selain daripada nak ketawa pecah perut lepas ternampak abang aku pakai kopiah yang saiznya 14 kali ganda lebih besor daripada kepala dia. Bila dia berpusing, kopiah tu statik je..tak gerak2. Mcm kepala dia je yang bergerak. Siapa punya yang dia belasah pun aku tak tahu. Tapi terpaksalah control ketawa tu. Nanti orang cakap aku ni pengantin tak senonoh pulok. Ketawa sampai nak relai gigi.

Tapi ada jugak perasaan sayu tu datang. Lebih-lebih lagi bila part abah dengan Zahir buat Lafaz Sakinah ( Lafaz Sakinah ni biasanya dilakukan di Negeri Johor / Melaka ). Aih…jatuh jugak air mata mak yang ditahan-tahankan tadi (nak cover make up punya pasal). Perasaannya jadi lain macam. Bila dengar suara abah yang tiba-tiba bergetar tu, lagilah aku touching lebih.. “aku serahkan kasih sayangku….bla..bla..bla..” sentap jiwa mak!

Oh lupa nak cakap. kami akad nikah pada 02 Jun 2013, pukul berapa aku tak ingat. Tapi yang pastinya lepas Isyak. Dalam pukul 9.30 lebihlah kot. Akad nikah pulak dekat masjid. Rumah pun sebelah masjid je. Amik berkat kat sana je lah. Lagi pun, lebih selesa untuk tetamu yang datang pada malam tu. Lepas akad nikah, kami tak ada buat majlis batal-batal air sembahyang. Sebab tak ada dalam hukum Islam pun. Majlis bersanding, tepung tawar, renjis-renjis, simbah-simbah pun tak buat masa hari kenduri. Tak penting dan memang tak ada dalam islam. Cerita pasal hari kenduri ni nanti-nantilah aku cerita.

Ok, sambung balik. Bila dah selesai akad nikah, terus jemput tetamu makan dekat rumah. Dan dekat rumahlah kitorang bergambar. Dapatlah gelang emas seketol sebagai tanda / hadiah selain mas kahwin yang aku terima. Aku ni makhluk yang kurang minat kat emas-emas ni. pernah jugak mak aku belikan rantai dengan anting-anting. Semuanya lesap! Kat mana aku lanting pun tak tahu lah. Yang pasti, seingat aku ada sepasang anting-anting yang aku dah terrrrsedekahkan ke dalam sungai. Ha..yang tu sampai sekarang mak aku tak tahu. Eh, apa pulak pasal emas-emas pulok ni..?tapi tak apalah...emas tengah murah sekarang oi. yang hantu emas tu, pergilah beli sekarang. info ni pun aku dapat daripada kakak-kakak dekat office ni yang sememangnya hantu emas.

Ok, lah kan..abis pasal Majlis Akad Nikah. Next entry aku story pasal Hari Sanding (nama je hari sanding tapi tak sanding pun) dan juga entry pasal Hari Bertandang.

till then!

tatatititutu..... =)

Thursday, July 11, 2013

Pertama

Assalam.
Update kencang-kencang.
Sudah 2 Ramadhan. tapi ini entry pertama semenjak bergelar isteri, menantu dan kakak ipar.
Zahir adalah anak sulung. so automatically aku jadi KAK LONG KAWASAN.

Oh ya, kami masih lagi berdua. tapi tinggal berasingan. aku di PJ, Zahir di Putrajaya. Tak ada orang tanya..?
tak apa..aku rela hati membuka cerita.

sekian.