Tuesday, March 19, 2013

Photographer

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Berjumpa lagi kita di episod baru - PHOTOGRAPHER.

Bajet untuk wedding photog aku nanti adalah sekitar RM1500 dan ke bawah. so, gigihlah survey harga dengan photographer yang ada sekitar Terengganu.

Harga pun boleh tahan. ada banyak photographer yang sediakan pakej photog sekitar RM1500 dan ke bawah tu.

Mula-mula nak stick kepada bajet RM1500 tu tapi bila difikirkan balik, uihhh..banyak tu.lebih-lebih lagi aku ni pengantin-bajet.hihi. so, faktor bajet amatlah dititikberatkan.

jadi, untuk jimatkan bajet terpaksalah aku cut off some items dalam pakej tu yang aku rasakan tak perlu. contohnya, untuk pakej RM1100 ( Satu Mock up sticky Album 15”x10.5”,   120 keping 4R, 3 keping 8,12 Rw serta frame,   Free 1 DVD Cover + cd case, free unlimited images in dvd’s, original softcopy, Outdoor photoshoot etc..) akad nikah aku bukanlah pada hari yang sama dengan majlis sanding. So, kena add on RM350 untuk photoshoot akad nikah. Jumlahnya, RM1450.

So, aku switch’kan harga shoot untuk akad nikah dengan item-item lain.maknanya, aku just ambik unlimited images in dvd's untuk akad nikah + sanding + edit + burn CD.itu sahaja. total cost adalah RM500. outdoor tu semua aku tak ambil sebab boleh buat post wedding.itu pun kalau ada masa. so, aku dah save bajet dalam RM950.00!niat aku, masa kenduri nanti aku nak jumpa kawan-kawan aku. kalau aku pergi outdoor photoshoot, dah tentu kena tinggalkan majlis lebih awal (around 4/5 petang). kawan-kawan dan tetamu menjadi keutamaan. photoshoot lain hari pun boleh. baju dah tak payah sewa. sebab semuanya hak milik sendiri. jimat tang duit photog, jimat jugak tang duit sewa wedding attire...

pasal gambar tu pulak, boleh pilih-pilih dalam cd tu. print yang mana perlu je. album boleh create sendiri-aku creative!cewah...positive..positive...

Kepada BrideToBe yang berada tinggal di sekitar Terengganu, bolehlah survey harga dengan photog2 yang aku senaraikan di bawah. Hasil kerja memang meletop.kalah neelopak. (sori). Harga pun memang affordable. Trylah!

1.    FazrienPictures
3.    ButtonCrew
5.    ErieAdnPictures
7.    S’rolPhotog
 
Sekian..

Till then!
·      
·       
·        
·      
·        
·(
·      

Sunday, March 10, 2013

Review : Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd

As salam. selamat hari Isnin.

Semalam aku pergi Fah Lean untuk beli barang nak gubah hantaran. sambil-sambil tu niat jugak nak beli door gift yang tak cukup lagi tu.

So, hari ni nak buat review sikitlah pasal Fah Lean yang terletak di Balakong tu.

Mula-mula aku assume harga barangan dekat sini murah daripada yang dekat Nilai dan Semua House. tapiiii..aku rasa harga door gift dekat Nilai dan Semua House tu lagi murah kot. e.g : Harga jar kaca yang bulat tu hanya RM 0.59 sen sibiji dekat Nilai dan kalau dekat Fah Lean pulak, harganya RM 0.80 sen sebiji. Saiz yang sama. pattern yang sama, jumlah yang sama tapi harganya berbeza.

Kalau daripada segi variaty pulak, memang tak banyak pilihan door gift yang dijual disini. tang bunga tiruan tu banyaklah. harga pun not bad.itu kalau bunga. kalau bakul hantaran pulak, baik beli dekat Semua House je.

Tapi kalau beli barangan lebih daripada RM200, automatik kita akan dapat Membership Card dan dapat lagi discount 20%. bagi mereka yang tak suka dengan crowded bolehlah beli belah dekat sini. agak selesa, parking pun tak jadi masalah.

Nak cari bangunan Fah Lean ni pun tak jadi masalah. senang sangat.  bolehlah google.

Dan kalau anada tak bawak cash, jangan risau. diorang accept debit card dan credit card as well.

Sekian..

Sunday, March 3, 2013

Langsir Rumah @ Nilai 3

Assalammualaikum wbt

sabtu lepas pergi ke Nilai dengan Zahir. plan nak beli diir gift dan langsir.
untuk entry kali ni, aku nak story pasal langsir dululah.

shopping dengan orang lelaki ni memang hazab. kalau perempuan, mesti nak survey-survey dulu harga kan.
lepas dah buat perbandingan harga antara kedai, barulah decide nak beli dekat kedai mana.

tapi hari tu Zahir macam tak sabar-sabar pulak nak belikan langsir untuk mak dia. parking kereta then terus menonong pergi kedai yang kat depan kitorang parking ni. eh,kenapa ayat aku berbelit ni.

bila masuk kedai tu, tak payah pikir panjang. "bang, saya nak design macam ni, warna macam ni and saiz sekian-sekian. siap jahit ye bang". heh, memang x menyabar. dia suruh aku beli langsir untuk mak aku dekat kedai tu jugak.katanya, senang sikit. setel sekali harung. bila dah calculated total harga untuk langsir maknya tu...mak aih! mahalllll...! dan yang pasti,Zahir macam terkejut bila dengar harga tu. aku buat bodoh je lah..

Dah setel langsir mak dia, aku pergi survey langsir untuk mak aku pulak. dapatlah harga 3x ganda lebih murah daripada langsir mak dia. kalau nak jahit kat situ pun, no charges at all. FREE. nasiblah aku tak beli dekat kedai yang Zahir beli langsir untuk mak dia tu. dahla upah jahit pun dah RM8.00 sekeping langsir. kedai lain bagi free je. Aku pun bayarlah harga langsir mak aku tu dengan muka puas hati. Zahir? haruslah bengang seadanya. boleh nampak muka penyesalan tu. tapi apakan daya, orang lelaki ni mana ada masa nak survey2 harga ni.yang diaorang tahu nak cepat je.

Oh, kalau nak beli langsir dekat Nilai 3, jangan beli dekat kedai yang sederet dengan 7e tu ya!hihi....mahal nak mampus! silalah buat survey dulu.

next entry cerita pasal door gifts pulak ya.

Till then, bye!