Sunday, October 27, 2013

Agenda Asal Nak Beli Barang. Tapi Bertukar Jadi Beli Barang-Barang

Ha, title entry panjanglah pulok.
semalam hujan selebat-lebatnya. Alhamdullilah, basah bumi Allah Taala.
Masa otw balik rumah daripada Terminal Putra, singgahlah dekat pasaraya Matahari sekejap. Niat nak beli sweet potato. macam sedap pulak kalau hujan-hujan ni makan ubi rebus + kopi panas. feeling duk kat kampung sangatt. gittewww.

Dh elok-elok capai sweet potato 2,3 ketul, berjangkit dan merebak pulak menyambar barang-barang lain. daripada bawak bakul, terus tukar trolley. gedebak, gedebuk, gedebik campak barang dalam trolley. dalamhati.."ala, tak apa lah..untuk kegunaan seisi keluarga jugak..." heh. rasanya semua benda pun penting untuk dibeli dan dibawa balik. ini penting. itu penting.semua penting!

Untuk save cost, ambiklah barang-barang yang unbranded. murah tak apa. janji kualiti. Tup-tup bila pergi bayar, over budget jugak. eiii..choi sangat!

Balik rumah, macam biasalah. punggah semua barang-barang dapur. susun elok-elok. tapi kan...ade jugak yg tersalah beli-SOS TOMATO. dang! aku ingatkan sos cili. hampagas sungguh. dah berbotol sos tomato dekat rumah tu. semuanya gara-gara tersalah beli. sos tomato ku sangka sos cili. padan muka aku.

Monday, October 7, 2013

Cepat Sembuh Zahir!

Tersentuh....
Melihat dia tetap gigih menunaikan kewajipannya kepada Allah Taala walaupun dalam keadaan diri yang tak boleh berdiri.
semoga luka-luka di badanmu cepat sembuh Zahir.sihat seperti sedia kala, boleh berfutsal dan badminton seperti biasa. Mudah-mudahan....In Sha Allah.