Monday, May 20, 2013

Guestbook

Guestbook sempena wedding nanti aku buat sendiri.
gunting kertas, balut hardcover, tulis, tampal..semua aku DIY je.
idea guestbook ni aku ilham diri sendiri. eh, semua diri sendiri lah pendek kata.

kalau tempah, mahu cecah RM80 ++ .
makanya, untuk menambahkan kepuasan hati , aku decided buat sendiri je.
senang. kalau cantik, boleh puji diri sendiri. kalau tak cantik pun boleh maki diri sendiri.
Barang-barang tu boleh beli dekat kedai stationary. creativiti pulak kena beli dalam diri.
(banyak pulak perkatan DIRI digunapakai disini. nak show off betapa gigihnya aku men'DIY 'kan guestbook ni. nampak x?nampak x? )
Gam. aku pakai yang stick punya.
A4 paper yang banyak color tu
acrilic pen
gunting kraft
Lady bug
Felt craft

eva foam bersaz a4
Lain-lain bahan adalah kertas pembalut hadiah jenis crepe paper. kalau nak tulis secara detail mmg lah aku tak reti. aku attach gambar ajelah.harap ada yang faham.

So, ini hasil yang aku dapat setelah bertungkus-lumus menyiapkan guestbook ni.bertungkus-lumus lah sangat.
page pertama
content
segala mak nenek barangan utk buat guestbook
Front page

done!
Till then.

bye!


Pelamin

Memandangkan aku ni jenis yang suka simple thingy, pelamin akad nikah / sanding pun haruslah sesimple yang boleh.

actually, aku tak mahu bersanding. tapi Mak cakap, dia nak jugak tengok aku naik pelamin. hmm.sanding bukanlah satu keperluan sebenarnya. tapi baiklah..Mak punya pasal..anakanda ikutkan sahaja.

warna kegemaran aku adalah purple. tapi tema wedding kali ni adalah peach dan pastel. warna-warna yang lembut. majlis bertandang nanti, In Sha Allah bertemakan purple. jyeah! dapat jugak warna purple.

Bercakap pasal pelamin ni, aku mahukan pelamin yang sangat minima hiasannya. tak mahu yang crowded. yang sedap mata memadang. tak mahulah nanti elok-elok nak jadikan macam taman, last-last jadi hutan simpan pulak. tak boleh...tak boleh..

Jadi, aku shorlisted'kan gambar-gambar pelamin yang aku rasakan relevan dengan tema less is more aku. ni sekadar contoh sahaja. aku punya nanti tak tahu lah jadinya macam mana. entah-entah main belasah je apa yang ada dekat rumah tu.

oh! btw, aku sukakan pelamin yang no 1 dan 2. ada yang kata aku out dated sbb sukakan pelamin yang pakai stand je ni. tapi peduli ape aku!poyo tak aku?poyo kan....

sumber
sumber

sumber

sumber

Sunday, May 19, 2013

Kad Undangan Ke Majlis Perkahwinan

Kad kahwin dah siap.
In Sha Allah, dah boleh diedarkan.

Aku suka benda yang simple. so, aku decided untuk tempah kad kahwin yang paling simple.
tak perlu ayat-ayat atau madah-madah berhelah. sebab aku tahu, orang tak baca jugak ayat-ayat tu.
cukup sekadar nama, tarikh, alamat dan pelan lokasi majlis.

Tak cantik pun tak apa, janji orang boleh baca. nanti orang buang jugak.
susunan ayat dan perkataan dalam kad tu aku create sendiri. tapi design'nya dibuat oleh kadkadkahwin.com. di Bandar Baru Bangi.

Tempah 1500 pcs sahaja.

Nah, silakan hadir bagi anada yang berkelapangan. Majlis akan diadakan pada 03 Jun 2013 (Isnin).
Akad Nikah pada 02 Jun 2013 (Ahad-selepas Isyak)


till then. daa..