Tuesday, February 26, 2013

Pernah Tak Beli Barang Yang Tak Ada Dalam Listing

Panjang title tu. sama panjang dengan masa aku berfikir masa nak beli baju untuk sanding nanti.

plan asal memang nak beli baju warna peach + grey. tapi bila dah sampai ke butik baju pengantin tu, aku pergi sapu beli warna purple. purple adalah fav.color aku. so, no wonderlah tetiba plan boleh bertukar.
masa fitting pulak, semua aku bantai fitting baju yang kaler purple je. yang warna peach, aku tengok sebelah mata je. lebih-lebih lagi baju yang kaler peach kat kedai tu langsung tak menarik perhatian aku. dalam otak - PURPLE.

balik rumah, garu kepala. macam mana ni...
Mak dah decide nak buat majlis tu dengan tema kaler peach. aku pulak dah beli baju kaler purple. kelaut benar. tak boleh jadi ni. slow-slow aku salahkan diri aku. habislah..habislah..matilah..bajet dah lari ni.dah tak boleh kejar lagi dah.

Zahir pulak 2x5. langsung tak ada ura-ura nak remind'kan aku pasal hala tujuan sebenar ke kedai tu -NAK BELI BAJU KALER PEACH. Hm..haremmm..

Lain yang di'shortlisted'kan, lain yang aku beli. tak ada disiplin langsung!

Monday, February 18, 2013

Cerita Disebalik Majlis Bertunang

Tinggal sekejap cerita pasal nak kahwin.

Let’s story mory pasal majlis bertunang.

Aku bertunang pada 16 November 2011. Ironi betul hari bertunang tu.
Ikut perancangan Mak aku, majlis bertunang akan dilangsungkan selepas asar.
So, on that day le me pun lengah-lengahkan lah sesi bersiram. Pukul 1.30 petang pun aku tak mandi lagi.

Kononnya nak tolong orang masak kat dapurlah, nak kemas-kemas mana yang patutlah, nak setup itu inilah.asar lambat lagilah.macam-macamlah. Sampailah aku received call daripada si Zahir. Masa tu dekat pukul 2.45 petang.  Katanya rombongan meminang dah on the way. Aku yang memang  berdarah gemuruh ni panic gile. Eh, macam mana boleh bertukar masa ni? kata lepas Asar.

Aku pun pergi slow talk dengan Mak. Mak aku relaks je. Aku punya gelabah macam kucing hilang anak.

Mak aku cakap, “tak apalah..salah faham kot. Mak cakap lepas Asar.. tapi salah dengarlah tu.Tapi tak apalah pukul berapa pun. semua benda dah setel ni. Makanan pun dah ready.tapi kau..?????kau bila nak MANDI!!!”

Maka, dengan sepantas kilat aku menyambar tuala mandi dan pergi mandi kerbau. Confirm ni aku tak sempat bersiap. Make up lagi. Pakai tudung lagi. Si Zahir cakap, dia akan mintak rombongan tu drive slow-slow supaya ada masa untuk aku prepared. Tapiiiii…jarak rumah aku dengan rumah dia tu dalam 10 minit perjalanan je. Slow yang macam manalah gamaknya yang dia maksudkan tu.

Zup…zap..zup zap..aku make up diri sendiri tak sampai 10 minit. Of course’lah pantas..kelam kabut. Sebab tu kaler eyeshadow aku lain sebelah. Nak buat macam mana, rombongan dah ada dalam rumah. Bersiap pun ala kadar je lah. Baru je nak touch up mana-mana yang kurang tu, orang dah suruh keluar untuk sarung cincin. Terpinga-pinga aku macam orang dungu. “Eh, kite belum siap lagi ni”. tapi tak diendahkan oleh Mak Teh aku. Katanya, orang dah menunggu.Hihi..malu tittew tawwww… tittew rase macam nk kambus muka tittew dalam lobang tanah jewwww. Acane tittew nak keluar jumpa orang dengan muka macam cempedak goreng terlebih tepung ni..

Apa-apa pun, Alhamdulillah. Semuanya selamat. Cincin pun dah disarungkan ke jari aku yang lemak manis ni. dan aku pun selamat menjadi tunang si Zahir. Hahahaha..gelak jahat.

Till then. daaa...

Sunday, February 17, 2013

Hantaran [Part I]


Ok, now let’s talk about the hantarans.

Kalau poket tebal, bolehlah beli barangan hantaran untuk 40 dulang.
Tapi kalau poket nipisss mcm aku ini, bolehlah beli hantaran buah berangan 40 biji.
Barangan vs berangan. Cantik.

Ok, mari ke topik asal. HANTARAN.

Aku tak kisah sangat pasal barangan hantaran kahwin nanti. Murah pun tak pe. Janji boleh digunapakai. Tak dapat barangan kosmetik yang branded utk hantaran nanti pun tak apa. Kulit muka aku ni kulit muka orang kampung. Boleh je belasah pakai bedak cina ataupun bedak 3A. kenal bedak 3A? tak apa..kalau tak kenal,boleh google. 

Tak bagi handphone baru pun ok lg kot. Henpon aku ni boleh tahan lagi daripada relai ni. la ni aku pakai Sony Ericson K660i. dah 5 tahun pakai. Kalau korang tengok pun korang rasa nak menangis. Relaks..kalau still boleh sms / call tu, Alhamdulillah.

Main point aku nak cakap kat sini adalah..tak guna bagi hantaran mahal-mahal tapi tak pakai. Lainlah kalau memang duit dalam bank tu terlebih-lebih-lebih-banyak. Boleh request belikan kondo or mansion terus. Selesa hidup.

Aku kena reminded’kan diri aku ni, jangan over-budget. Aku ni gaji tak tinggi. Bakal suami pun sama. Bukan anak orang kaya dan bukan juga orang kaya. (Tapi kaya dengan kasih sayang. Ceh!muntah..)Kalau before kahwin ni duit abis sebab beli hantaran je, memang ada potensilah untuk aku dan dia makan dulang hantaran berulamkan calendar (sebab menghitung hari gaji). Aish! Jauhkanlah.

Ok, aku tahu korang malas nak google Bedak 3A tu mcm mana kan?
tak apa..aku attach kat sini.

Mempersembahkan...

Bedak 3A!!

source

















Ini pula henpon Sony Ericson K660i kesayangan tu.

source














ok, till then! bye..

Checklist Persiapan Perkahwinan

aku dah listed'kan Prosedur Permohonan Perkahwinan di entry INI.
Jadi hari ni nak shortlisted'kan CheckliSt Persiapan Perkahwinan pula.
untuk B2B yang suka buat kerja last minute macam aku ni memang wajarlah buat checklist ni kot.

1.    TEMA
a.    Peachy and Pastel Color

2.    WEDDING ATTIRE
a.    Akad Nikah -Bakal Mak Mentua jahitkan.hihi
b.    Resepsi
c.    Bertandang - Beli yang ready made dan tmbh/jahit beading & laces sendiri

3.    KAD UNDANGAN PERKAHWINAN
a.    Biasa
b.    VIP

4.    PHOTOGRAPHER
a.    Solemnization
b.    Resepsi
c.    Bertandang

5.    MAKE UP
a.    Solemnization - sendiri
b.    Resepsi - sendiri
c.    Bertandang - sendiri

6.    LOGISTIC
a.    Canopy - Pak Teh
b.    Meja - Abah / Pak Teh
c.    Kerusi - Abah / Pak Teh
d. Periuk/ Belanga/Kawah/Bekas Buffet dll - Koleksi Mak

7.    DECORATION
a.    Pelamin Resepsi - Koleksi sendiri
b.    Hiasan Meja Makan Beradap - Koleksi sendiri
c.    Hiasan Bilik* - Koleksi sendiri
d.    Photobooth* - Koleksi sendiri
e.    Booth Walimatul Urus* - Koleksi sendiri

8.    DOOR GIFTS
a.    Undangan
b.    Penanggah

9.    HANTARAN
a.    Lelaki
b.    Perempuan

 
Yang bertanda * tu tak ada pun tak apalah kot