Sunday, March 10, 2013

Review : Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd

As salam. selamat hari Isnin.

Semalam aku pergi Fah Lean untuk beli barang nak gubah hantaran. sambil-sambil tu niat jugak nak beli door gift yang tak cukup lagi tu.

So, hari ni nak buat review sikitlah pasal Fah Lean yang terletak di Balakong tu.

Mula-mula aku assume harga barangan dekat sini murah daripada yang dekat Nilai dan Semua House. tapiiii..aku rasa harga door gift dekat Nilai dan Semua House tu lagi murah kot. e.g : Harga jar kaca yang bulat tu hanya RM 0.59 sen sibiji dekat Nilai dan kalau dekat Fah Lean pulak, harganya RM 0.80 sen sebiji. Saiz yang sama. pattern yang sama, jumlah yang sama tapi harganya berbeza.

Kalau daripada segi variaty pulak, memang tak banyak pilihan door gift yang dijual disini. tang bunga tiruan tu banyaklah. harga pun not bad.itu kalau bunga. kalau bakul hantaran pulak, baik beli dekat Semua House je.

Tapi kalau beli barangan lebih daripada RM200, automatik kita akan dapat Membership Card dan dapat lagi discount 20%. bagi mereka yang tak suka dengan crowded bolehlah beli belah dekat sini. agak selesa, parking pun tak jadi masalah.

Nak cari bangunan Fah Lean ni pun tak jadi masalah. senang sangat.  bolehlah google.

Dan kalau anada tak bawak cash, jangan risau. diorang accept debit card dan credit card as well.

Sekian..

No comments :

Post a Comment