Panjang title tu. sama panjang dengan masa aku berfikir masa nak beli baju untuk sanding nanti.
plan asal memang nak beli baju warna peach + grey. tapi bila dah sampai ke butik baju pengantin tu, aku pergi sapu beli warna purple. purple adalah fav.color aku. so, no wonderlah tetiba plan boleh bertukar.
masa fitting pulak, semua aku bantai fitting baju yang kaler purple je. yang warna peach, aku tengok sebelah mata je. lebih-lebih lagi baju yang kaler peach kat kedai tu langsung tak menarik perhatian aku. dalam otak - PURPLE.
balik rumah, garu kepala. macam mana ni...
Mak dah decide nak buat majlis tu dengan tema kaler peach. aku pulak dah beli baju kaler purple. kelaut benar. tak boleh jadi ni. slow-slow aku salahkan diri aku. habislah..habislah..matilah..bajet dah lari ni.dah tak boleh kejar lagi dah.
Zahir pulak 2x5. langsung tak ada ura-ura nak remind'kan aku pasal hala tujuan sebenar ke kedai tu -NAK BELI BAJU KALER PEACH. Hm..haremmm..
Lain yang di'shortlisted'kan, lain yang aku beli. tak ada disiplin langsung!
Tuesday, February 26, 2013
Monday, February 18, 2013
Cerita Disebalik Majlis Bertunang
Tinggal sekejap
cerita pasal nak kahwin.
Let’s story mory
pasal majlis bertunang.
Aku bertunang pada 16
November 2011. Ironi betul hari bertunang tu.
Ikut perancangan Mak
aku, majlis bertunang akan dilangsungkan selepas asar.
So, on that day le me
pun lengah-lengahkan lah sesi bersiram. Pukul 1.30 petang pun aku tak mandi
lagi.
Kononnya nak tolong
orang masak kat dapurlah, nak kemas-kemas mana yang patutlah, nak setup itu
inilah.asar lambat lagilah.macam-macamlah. Sampailah aku received call daripada
si Zahir. Masa tu dekat pukul 2.45 petang. Katanya rombongan meminang dah on the way. Aku
yang memang berdarah gemuruh ni panic
gile. Eh, macam mana boleh bertukar masa ni? kata lepas Asar.
Aku pun pergi slow
talk dengan Mak. Mak aku relaks je. Aku punya gelabah macam kucing hilang anak.
Mak aku cakap, “tak
apalah..salah faham kot. Mak cakap lepas Asar.. tapi salah dengarlah tu.Tapi
tak apalah pukul berapa pun. semua benda dah setel ni. Makanan pun dah ready.tapi
kau..?????kau bila nak MANDI!!!”
Maka, dengan sepantas
kilat aku menyambar tuala mandi dan pergi mandi kerbau. Confirm ni aku tak
sempat bersiap. Make up lagi. Pakai tudung lagi. Si Zahir cakap, dia akan mintak
rombongan tu drive slow-slow supaya ada masa untuk aku prepared. Tapiiiii…jarak
rumah aku dengan rumah dia tu dalam 10 minit perjalanan je. Slow yang macam
manalah gamaknya yang dia maksudkan tu.
Zup…zap..zup zap..aku
make up diri sendiri tak sampai 10 minit. Of course’lah pantas..kelam kabut. Sebab
tu kaler eyeshadow aku lain sebelah. Nak buat macam mana, rombongan dah ada
dalam rumah. Bersiap pun ala kadar je lah. Baru je nak touch up mana-mana yang
kurang tu, orang dah suruh keluar untuk sarung cincin. Terpinga-pinga aku macam
orang dungu. “Eh, kite belum siap lagi ni”. tapi tak diendahkan oleh Mak Teh
aku. Katanya, orang dah menunggu.Hihi..malu tittew tawwww… tittew rase macam nk
kambus muka tittew dalam lobang tanah jewwww. Acane tittew nak keluar jumpa
orang dengan muka macam cempedak goreng terlebih tepung ni..
Apa-apa pun,
Alhamdulillah. Semuanya selamat. Cincin pun dah disarungkan ke jari aku yang
lemak manis ni. dan aku pun selamat menjadi tunang si Zahir. Hahahaha..gelak
jahat.
Till then. daaa...
Labels:
Bertunang
Sunday, February 17, 2013
Hantaran [Part I]
Ok, now let’s talk
about the hantarans.
Kalau poket tebal,
bolehlah beli barangan hantaran untuk 40 dulang.
Tapi kalau poket
nipisss mcm aku ini, bolehlah beli hantaran buah berangan 40 biji.
Barangan vs berangan.
Cantik.
Ok, mari ke topik
asal. HANTARAN.
Aku tak kisah sangat
pasal barangan hantaran kahwin nanti. Murah pun tak pe. Janji boleh
digunapakai. Tak dapat barangan kosmetik yang branded utk hantaran nanti pun tak
apa. Kulit muka aku ni kulit muka orang kampung. Boleh je belasah pakai bedak
cina ataupun bedak 3A. kenal bedak 3A? tak apa..kalau tak kenal,boleh google.
Tak bagi handphone
baru pun ok lg kot. Henpon aku ni boleh tahan lagi daripada relai ni. la ni aku
pakai Sony Ericson K660i. dah 5 tahun pakai. Kalau korang tengok pun korang
rasa nak menangis. Relaks..kalau still boleh sms / call tu, Alhamdulillah.
Main point aku nak
cakap kat sini adalah..tak guna bagi hantaran mahal-mahal tapi tak pakai. Lainlah
kalau memang duit dalam bank tu terlebih-lebih-lebih-banyak. Boleh request
belikan kondo or mansion terus. Selesa hidup.
Aku kena reminded’kan
diri aku ni, jangan over-budget. Aku ni gaji tak tinggi. Bakal suami pun sama. Bukan
anak orang kaya dan bukan juga orang kaya. (Tapi
kaya dengan kasih sayang. Ceh!muntah..)Kalau before kahwin ni duit abis sebab
beli hantaran je, memang ada potensilah untuk aku dan dia makan dulang hantaran
berulamkan calendar (sebab menghitung
hari gaji). Aish! Jauhkanlah.
Ok, aku tahu korang malas nak google Bedak 3A tu mcm mana kan?
tak apa..aku attach kat sini.
Mempersembahkan...
Bedak 3A!!
source |
Ini pula henpon Sony Ericson K660i kesayangan tu.
![]() |
source |
ok, till then! bye..
Labels:
Hantaran
Checklist Persiapan Perkahwinan
aku dah listed'kan Prosedur Permohonan Perkahwinan di entry INI.
Jadi hari ni nak shortlisted'kan CheckliSt Persiapan Perkahwinan pula.
untuk B2B yang suka buat kerja last minute macam aku ni memang wajarlah buat checklist ni kot.
Yang bertanda * tu tak ada pun tak apalah kot
Jadi hari ni nak shortlisted'kan CheckliSt Persiapan Perkahwinan pula.
untuk B2B yang suka buat kerja last minute macam aku ni memang wajarlah buat checklist ni kot.
1. TEMA
a. Peachy and Pastel Color
2. WEDDING ATTIRE
a. Akad Nikah -Bakal Mak Mentua jahitkan.hihi
b. Resepsi
c. Bertandang - Beli yang ready made dan tmbh/jahit beading & laces sendiri
3. KAD UNDANGAN PERKAHWINAN
a. Biasa
b. VIP
4. PHOTOGRAPHER
a. Solemnization
b. Resepsi
c. Bertandang
5. MAKE UP
a. Solemnization - sendiri
b. Resepsi - sendiri
c. Bertandang - sendiri
6. LOGISTIC
a. Canopy - Pak Teh
b. Meja - Abah / Pak Teh
c. Kerusi - Abah / Pak Teh
d. Periuk/ Belanga/Kawah/Bekas Buffet dll - Koleksi Mak
7. DECORATION
a. Pelamin Resepsi - Koleksi sendiri
b. Hiasan Meja Makan Beradap - Koleksi sendiri
c. Hiasan Bilik* - Koleksi sendiri
d. Photobooth* - Koleksi sendiri
e. Booth Walimatul Urus* - Koleksi sendiri
8. DOOR GIFTS
a. Undangan
b. Penanggah
9. HANTARAN
a. Lelaki
b. Perempuan
Labels:
Checklist Persiapan Perkahwinan
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)