Monday, February 18, 2013

Cerita Disebalik Majlis Bertunang

Tinggal sekejap cerita pasal nak kahwin.

Let’s story mory pasal majlis bertunang.

Aku bertunang pada 16 November 2011. Ironi betul hari bertunang tu.
Ikut perancangan Mak aku, majlis bertunang akan dilangsungkan selepas asar.
So, on that day le me pun lengah-lengahkan lah sesi bersiram. Pukul 1.30 petang pun aku tak mandi lagi.

Kononnya nak tolong orang masak kat dapurlah, nak kemas-kemas mana yang patutlah, nak setup itu inilah.asar lambat lagilah.macam-macamlah. Sampailah aku received call daripada si Zahir. Masa tu dekat pukul 2.45 petang.  Katanya rombongan meminang dah on the way. Aku yang memang  berdarah gemuruh ni panic gile. Eh, macam mana boleh bertukar masa ni? kata lepas Asar.

Aku pun pergi slow talk dengan Mak. Mak aku relaks je. Aku punya gelabah macam kucing hilang anak.

Mak aku cakap, “tak apalah..salah faham kot. Mak cakap lepas Asar.. tapi salah dengarlah tu.Tapi tak apalah pukul berapa pun. semua benda dah setel ni. Makanan pun dah ready.tapi kau..?????kau bila nak MANDI!!!”

Maka, dengan sepantas kilat aku menyambar tuala mandi dan pergi mandi kerbau. Confirm ni aku tak sempat bersiap. Make up lagi. Pakai tudung lagi. Si Zahir cakap, dia akan mintak rombongan tu drive slow-slow supaya ada masa untuk aku prepared. Tapiiiii…jarak rumah aku dengan rumah dia tu dalam 10 minit perjalanan je. Slow yang macam manalah gamaknya yang dia maksudkan tu.

Zup…zap..zup zap..aku make up diri sendiri tak sampai 10 minit. Of course’lah pantas..kelam kabut. Sebab tu kaler eyeshadow aku lain sebelah. Nak buat macam mana, rombongan dah ada dalam rumah. Bersiap pun ala kadar je lah. Baru je nak touch up mana-mana yang kurang tu, orang dah suruh keluar untuk sarung cincin. Terpinga-pinga aku macam orang dungu. “Eh, kite belum siap lagi ni”. tapi tak diendahkan oleh Mak Teh aku. Katanya, orang dah menunggu.Hihi..malu tittew tawwww… tittew rase macam nk kambus muka tittew dalam lobang tanah jewwww. Acane tittew nak keluar jumpa orang dengan muka macam cempedak goreng terlebih tepung ni..

Apa-apa pun, Alhamdulillah. Semuanya selamat. Cincin pun dah disarungkan ke jari aku yang lemak manis ni. dan aku pun selamat menjadi tunang si Zahir. Hahahaha..gelak jahat.

Till then. daaa...

No comments :

Post a Comment